PEMBATALAN PAKEJ, PENARIKAN DIRI, PINDAAN ATAU PERUBAHAN NAMA PESERTA, TARIKH PENERBANGAN & JENIS PAKEJ
Pembatalan atau perubahan daripada pihak BK Travel Sdn.Bhd
-
BK Travel Sdn.Bhd berhak membatalkan atau meminda perjalanan pakej tertakluk kepada terma & syarat serta perubahan dengan notis
-
BK Travel Sdn.Bhd akan memberi tarikh atau pakej altenatif yang lebih baik atau setaraf kepada peserta
-
Peserta akan diberikan hak untuk meneruskan atau membatalkan tarikh atau pakej altenatif yang diberikan
-
Sekiranya peserta tidak bersetuju, BK Travel Sdn.Bhd akan membuat pemulangan penuh kepada pihak peserta
-
Segala perubahan yang berlaku akan dimaklumkan melalui panggilan telefon atau secara bertulismelalui emel atau aplikasi “whatsapp”
Pembatalan & tarik diri daripada peserta:
-
Segala jenis pembatalan yang dibuat oleh peserta wajib dilakukan secara bertulis dan diserahkan kepada pihak BK Travel Sdn.Bhd
-
Segala pembatalan yang dibuat 45 hari bekerja sebelum tarikh berlepas, caj fi pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% dari pakej pelancongan (mengikut mana yang lebih tinggi) akan dikenakan setiap seorang
-
Jika notis pembatalan diterima dalam tempoh 44 hari bekerja atau kurang, caj seperti jadualdi bawah akan diguna pakai:
|
PEMBATALAN DITERIMA |
CAJ PEMBATALAN |
|
22 – 24 hari bekerja sebelum tarikh berlepas |
Perlucutan penuh deposit |
|
15 – 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas |
35% dari harga pakej |
|
8 – 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas |
50% dari harga pakej |
|
3 – 7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas |
75% dari harga pakej |
|
2 hari bekerja atau kurang dari tarikh berlepas |
100% dari harga pakej |
Perubahan atau pindaan daripada pihak peserta:
-
Segala perubahan atau pindaan yang di buat oleh peserta wajib dilakukan secara bertulis
-
BK Travel Sdn.Bhd akan mengenakan caj fi pentadbiran sebanyak RM200.00 seorang untuk setiap pindaan atau perubahan yang dibuat
-
Sekiranya peserta ingin membuat pindaan nama peserta selepas tiket penerbangan dibeli, peserta perlu membayar segala jenis penalti yang dikenakan oleh pihak penerbangandan caj fi Pentadbiran sebanyak RM200.00 juga akan dikenakan
-
Sekiranya pembatalan dibuat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan seperti sakit atau kes kematian.Dokumen yang berkaitan perlu dilampirkan bersama ketika pembatalan dibuat.
PEMULANGAN WANG
-
Sebarang pemulangan wang atau pengembalian wang bayaran pakej sama ada pembatalan dari peserta atau BK Travel Sdn.Bhd adalah tertakluk kepada pemulangan wang daripada pihak ketiga.
-
Tempoh pemulanganwang adalah dari 2 minggu hingga satu (1) bulan dari tarikh pembatalan.
-
Tiada pemulangan wang kepada peserta sekiranya peserta tidak menggunakan apa – apa aktiviti atau kelengkapan yang terkandung di dalam pakej.
-
Pemulangan wang atau caj fi pentabiran yang dikenakan adalah tertakluk kepada budi bicara BK Travel Sdn.Bhd sekiranya pembatalan dibuat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan seperti sakit atau kes kematian.